The Perkhemahan .
Assalamualaikum. 



Hari ni aku nak cerita tentang "Perkhemahan Unit Beruniform" sekolah aku . Sebenarnya ceq malas gila yang teramat sangat nak type cerita ni . Tapi entah kenapa tetiba je rajin + idea datang berlambak lambak lepas baca entry perkhemahan thierah . Nak baca ? Jom ke blog thierah yang comel gila ni ehehe *perah santan* . Okey cerita dia camni, masuk je pukul 3.00 petang semua peserta camping berkumpul di dewan a.k.a surau . Budak rimup je datang awal sikit sebab diorang dah ada dkt sekolah dari pukul 1.30 . Adalah sorang budak ni datang lambat (aku latu ehehe) . Mana tak lambat, 2.30 baru turun rumah . Rumah pulak jauh yang amat sangat . Masuk je kereta tengok minyak takde . Terus pergi petrol pump . Sampai je dkt petrol pump, minyak dah habis then kena tunggu lorry bawak petrol datang . Haih nyirap je aku -,- . 15 minit tunggu tapi lorry bawak petrol tak sampai sampai . Mak aku pon terus keluar dari petrol pump then drive macam bawak racing car . Haha . Okey disebabkan malas nak cerita panjang, meh aku cerita aktiviti petang . Sebelum tu nak cerita setiap persatuan ada 4 kumpulan kecuali pengakap je ada 3 kumpulan . Lepas dengar taklimat yang panjangnya masyaAllah tuhan sahaja yang tahu betapa panjangnya (ceh padahal tak pon) kumpulan yang masak memasak pon pergi lah masuk bawah garaj dengan mengangkut peralatan-peralatan mereka ehehe . Kumpulan aku namanya pengakap 2 a.k.a p2 tapi budak-budak pengakap yang lain suka ejek nama kumpulan aku sebab ada satu cerita bunuh membunuh yang bertajuk P2 . Tak tahu ? Alah yang jaga tu psycho then nak bunuh sorang pekerja perempuan ni . Kalau tak tahu jugak gi search kat youtube ehehe k . Kumpulan aku buat persembahan . Sementara nak tunggu kumpulan yang ditugaskan memasak menyiapkan hindangan masing masing, kumpulan yang ditugaskan buat persembahan pon gilah berlatih tengah padang sambil diperhatikan oleh cikgu-cikgu . Ni nak cerita, p2 buat persembahan video clip lagu arjuna beta dan yang latih kumpulan aku tu cikgu faten .Tapi petang tu cikgu faten tak datang sebab demam . Petang tu jugaklah budak budak kumpulan aku buat perangai taknak buat persembahanlah , nak tarik dirilah . Adoi . Lepas makan budak budak masakan punya hindangan , semua peserta mandi then turun ke surau . Lepas solat maghrib n isyak, semua peserta buat satu bulatan besar dalam dewan . Kumpulan aku kumpulan yang keempat last buat persembahan . Okey persembahan kumpulan aku lebih kurang camnilah. Aku as bonda . Faez as arjuna . Sharul, Hakeem, Aliff, Wafi as ribut, kilat, petir, ular, jengking. Fatin, Anum, Aisha as penyanyi . Tapi tak menang pon hehe . Okey aku malas nak type so kita terus skip aktiviti esok pagi . Lepas buat sedikit senaman n breakfast, semua peserta masuk ke dalam dewan untuk buat satu aktiviti . Aktiviti nilah yang paling pengakap menyirap dgn budak pbsm , aktiviti joget goyang pinguin . Pengakap buat punyalah cantik menarik tetarik tapi diorang bagi 5 markah je . Habis je aktiviti tu, guru besar tanya dkt cikgu faten "asal pengakap dapat 5 markah je ? Diorang buat cantik lah ." Perghh kembang siot budak-budak pengakap ehehe . Okey aku malas nak taip jom skip lagi . Now majlis penutup . Pengakap dapat 2 hadiah . Hiasan khemah nombor 1 . Masakan nombor 3 . Pelajar terbaik pulak izhan dgn qis dapat . Saja nak bagitahu yang enam serangkai // team roro bangga sebab ahli kami jadi pelajar terbaik ehehe . Okeylaa abang abang akak akak sekalian, sampai sini sahaja story mory aku harini . Kalau rajin in shaa Allah nanti aku tambah cerita and edit sikit sikit blog ni . Kbyee :)




Enam Serangkai // Team Roro.
Assalamualaikum. 


Hari ni aku nak cerita tentang enam orang sahabat karib iaitu aku, aina, thierah, khai, qis dan naz atau lebih dikenali sebagai "Enam Serangkai // Team Roro". Ceritanya kami ni sahabat karib dari darjah satu lagi . Dan kami paling pantang kalau ada orang nak memecah belahkan kami . Sebenarnya, kami ada tujuh orang ahli, tasnim . Tapi tasnim dah pindah KL tahun lepas .Tasnim ni tinggi, putih dan kadang-kadang garang orangnya . Hehe sorry tas . Okey, berbalik kepada tajuk . Kemana pon kami pergi, kami tetap bersama . Kalau sorang nak pergi tandas, semua nak pergi tandas ehehe . Jangan risau kami ni nampak je garang, tapi realitinya tak pon . Tapi kalau ada orang nak cari gaduh dengan kami, memang kami akan bertukar jadi power rangers dalam masa tak sampai 10 saat . Memang nahaslah kau kami kerjakan . Dalam enam serangkai, kami berkawan secara berpasangan . Macamni, aku dengan aina, thierah dengan khai dan qis dengan naz . Nampak tak ? Kadang-kadang kami bertukar pasangan . Lebih kurang macamni, aku dengan thierah, khai dengan naz dan qis dengan aina ataupon aku dengan naz, thierah dengan khai dan qis dengan aina atau senang cerita kami tak kisah berpasangan dengan siapa pon, asalkan enam serangkai :). Ni lagi satu nak cerita, haritu adalah aku bagi surat mintak maaf dekat sorang budak ni . Kenapa aku mintak maaf ? Adalah . Rahsia k rahsia . Then dia balas . Aku tak ingat camne dia balas sebab yg pegang surat tu sekarang ni naz . Yang aku ingat camni, "aku tak kiralah 5 , 6 serangkai". See ? Dia memperkotak katikkan nama group kami . INGAT ! Kalau ada orang nak cari gaduh dengan kami, kami akan bertukar jadi power rangers dalam masa tak sampai 10 saat . Kalau memperkotak katikkan nama group kami, itu kami anggap cari gaduh dengan kami . Cuma nasib budak tu baik sebab masa kami baca surat tu, hari Jumaat . Hari Jumaat enam serangkai memang pijak semut pon tak mati hahaha . Lagi satu, kalau ada budak marah ahli enam serangkai memang kami akan bertukar jadi power rangers dalam masa tak sampai 10 saat . Contohnya camni, semalam pagi, qis datang lambat . Budak-budak enam serangkai semua dah pergi baca yassin di surau . Masa qis nak letak beg dalam dewan , daniel pon sampai . Then daniel cakap qis bodoh . Memanglah kau cari nahas dengan kami . Cuma nasib dia baik, sebab semalam hari Jumaat . Macam aku cakap tadi, kalau hari Jumaat enam serangkai pijak semut pon tak mati . Selain enam serangkai, kami dikenali sebagai "Team Roro". Dan kami ada gelaran masing-masing . Macamni , kalau aku "echa_roro" . Kalau aina "aina_roro". Kalau thierah"thierah_roro". Kalau khai "khai_roro". Kalau qis "qis_roro". Dan kalau naz "naz_roro". Nak gelak ? Gelaklah . 10 saat lagi kau tengok ada 6 power rangers depan kau ehehe gurau je . Okeylah, sampai sini saja cerita "Enam Serangkai//Team Roro". Kalau ada sambungan, akan terbitlah post baru bertajuk "Enam serangkai//Team Roro versi 2". Nak gambar ? Rasanya tak perlulah gambar bagai . Sebab yang kawan dengan enam serangkainya aku , bukan kau . Kbyee .