The Perkhemahan .
Assalamualaikum. 



Hari ni aku nak cerita tentang "Perkhemahan Unit Beruniform" sekolah aku . Sebenarnya ceq malas gila yang teramat sangat nak type cerita ni . Tapi entah kenapa tetiba je rajin + idea datang berlambak lambak lepas baca entry perkhemahan thierah . Nak baca ? Jom ke blog thierah yang comel gila ni ehehe *perah santan* . Okey cerita dia camni, masuk je pukul 3.00 petang semua peserta camping berkumpul di dewan a.k.a surau . Budak rimup je datang awal sikit sebab diorang dah ada dkt sekolah dari pukul 1.30 . Adalah sorang budak ni datang lambat (aku latu ehehe) . Mana tak lambat, 2.30 baru turun rumah . Rumah pulak jauh yang amat sangat . Masuk je kereta tengok minyak takde . Terus pergi petrol pump . Sampai je dkt petrol pump, minyak dah habis then kena tunggu lorry bawak petrol datang . Haih nyirap je aku -,- . 15 minit tunggu tapi lorry bawak petrol tak sampai sampai . Mak aku pon terus keluar dari petrol pump then drive macam bawak racing car . Haha . Okey disebabkan malas nak cerita panjang, meh aku cerita aktiviti petang . Sebelum tu nak cerita setiap persatuan ada 4 kumpulan kecuali pengakap je ada 3 kumpulan . Lepas dengar taklimat yang panjangnya masyaAllah tuhan sahaja yang tahu betapa panjangnya (ceh padahal tak pon) kumpulan yang masak memasak pon pergi lah masuk bawah garaj dengan mengangkut peralatan-peralatan mereka ehehe . Kumpulan aku namanya pengakap 2 a.k.a p2 tapi budak-budak pengakap yang lain suka ejek nama kumpulan aku sebab ada satu cerita bunuh membunuh yang bertajuk P2 . Tak tahu ? Alah yang jaga tu psycho then nak bunuh sorang pekerja perempuan ni . Kalau tak tahu jugak gi search kat youtube ehehe k . Kumpulan aku buat persembahan . Sementara nak tunggu kumpulan yang ditugaskan memasak menyiapkan hindangan masing masing, kumpulan yang ditugaskan buat persembahan pon gilah berlatih tengah padang sambil diperhatikan oleh cikgu-cikgu . Ni nak cerita, p2 buat persembahan video clip lagu arjuna beta dan yang latih kumpulan aku tu cikgu faten .Tapi petang tu cikgu faten tak datang sebab demam . Petang tu jugaklah budak budak kumpulan aku buat perangai taknak buat persembahanlah , nak tarik dirilah . Adoi . Lepas makan budak budak masakan punya hindangan , semua peserta mandi then turun ke surau . Lepas solat maghrib n isyak, semua peserta buat satu bulatan besar dalam dewan . Kumpulan aku kumpulan yang keempat last buat persembahan . Okey persembahan kumpulan aku lebih kurang camnilah. Aku as bonda . Faez as arjuna . Sharul, Hakeem, Aliff, Wafi as ribut, kilat, petir, ular, jengking. Fatin, Anum, Aisha as penyanyi . Tapi tak menang pon hehe . Okey aku malas nak type so kita terus skip aktiviti esok pagi . Lepas buat sedikit senaman n breakfast, semua peserta masuk ke dalam dewan untuk buat satu aktiviti . Aktiviti nilah yang paling pengakap menyirap dgn budak pbsm , aktiviti joget goyang pinguin . Pengakap buat punyalah cantik menarik tetarik tapi diorang bagi 5 markah je . Habis je aktiviti tu, guru besar tanya dkt cikgu faten "asal pengakap dapat 5 markah je ? Diorang buat cantik lah ." Perghh kembang siot budak-budak pengakap ehehe . Okey aku malas nak taip jom skip lagi . Now majlis penutup . Pengakap dapat 2 hadiah . Hiasan khemah nombor 1 . Masakan nombor 3 . Pelajar terbaik pulak izhan dgn qis dapat . Saja nak bagitahu yang enam serangkai // team roro bangga sebab ahli kami jadi pelajar terbaik ehehe . Okeylaa abang abang akak akak sekalian, sampai sini sahaja story mory aku harini . Kalau rajin in shaa Allah nanti aku tambah cerita and edit sikit sikit blog ni . Kbyee :)